
Pendiam? Memahami Personaliti Introvert Dalam Dunia Extrovert By Aiman Amri & Aqila Masri
PENDIAM? : MEMAHAMI PERSONALITI INTROVERT DALAM DUNIA EKSTROVERTPenulis: Aiman Amri & Aqila MasriPenerbit: Iman Publication:Jumlah Muka Surat: 206Berat: 300 gram● SINOPSIS“Introvert ni lone ranger ke?””Puan, anak puan di rumah memang senyap ya?”“Dia tu pemalu orangnya…”Selalunya, kita akan biasa lihat ada dua jenis orang di sekeliling kita. Satu yang tampil yakin bercakap, lebih terkehadapan, dan dikenali ramai sama ada di sekolah atau pejabat. Satu lagi yang kelihatan pasif, pendiam, dan jarang-jarang mengikuti sebarang aktiviti sosial.Adakah menjadi Ekstrovert lebih baik daripada Introvert? Benarkah Introvert perlu ubah diri menjadi lebih Ekstrovert agar lebih berjaya di masa hadapan?Hakikatnya, setiap seorang daripada kita, tidak kiralah Introvert mahupun Ekstrovert, mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri yang perlu dikenal psti dan digilap potensinya.‘Pendiam’ menampilkan kupasan tentang Introversion dan diselangi situasi yang dilalui Introvert yang biasa berlaku dalam masyarakat. Buku ini ditulis agar Introvert lebih memahami diri dan karakternya, sekali gus meraikan kekuatan dan kelebihan yang ada.● PANDUAN PEMBACA 'PENDIAM?'Buku ini adalah olahan daripada kisah benar oleh kedua dua penulis. Kami menggunakan teknik storytelling untuk memudahkan pembaca mengaitkan diri dengan situasi dunia sebenar. Setiap bab mengandungi kaitan situasi dan setiap bab diakhiri dengan penjelasan santai daripada sudut psikologi. Kisah-kisah benar ini ditulis oleh Aqila Masri sendiri sebagai introvert sejati, untuk berkongsi rasa dan cerita perjalanan hidupnya selama ini (diolah serba sedikit untuk memudahkan kefahaman). Penjelasan psikologi di sebalik kisah itu pula dikarang oleh Aiman Amri yang memang menjadikan ilmu psikologi sebagai minat dan aspirasi hidupnya setiap hari untuk disebarkan kepada masyarakat. Pembaca boleh memilih mana-mana bab yang menarik perhatian (boleh baca sepintas lalu di bahagian indeks) kerana setiap bab mempunyai jalan cerita dan penjelasan yang berbeza, maka tiada masalah untuk membaca mana-mana bab secara rawak. Tetapi kami amat menggalakkan pembaca untuk membaca mengikut aturan buku ini, bermula dengan bab pendahuluan, bab satu hinggalah bab penutup, kerana penjelasan setiap bab sedikit sebanyak berkaitan dengan bab-bab yang lain. Cara ini juga akan lebih membantu anda untuk memahami makna introvert, bagaimana introvert berfikir dan bagaimana mereka hidup dalam komuniti ekstrovert.

Muslimediabooks.com
Review

You May Also Like

SG STOCK】10000 Simple Sketches Preschool Activity Books toddler books activity books kids drawing

✅ 🇸🇬 | Premium Guitar Tuner(Free Battery) OR Guitar Capo for Classical Guitar/Acoustic Guitar/Electric Guitar/Ukulele

WEIBAI | Math Learning Tool Educational Board Game

The Living Quran: Miracles Series.You want to seek miracles from Allah. You will use this Miracles Series from the TLQ Jar to receive one Surah from the Qur’an along with a brief translation and guidance on what to next.

Teach Children to Be Hopeful & Positive Hardcover Storybook Suitable for Toddler Ages 2-5

Professional Play Electronic Drum Kit
![HOT SELLING!! [Local Seller] Baby Educational Soft Cloth Book Kids Animals Tails book Fabric Material Washable Binding Sensory High Contrast Cloth Book Set](https://img.lazcdn.com/g/p/0a8375f255725b076445de3264138ca0.jpg_300x300q80.jpg)
HOT SELLING!! [Local Seller] Baby Educational Soft Cloth Book Kids Animals Tails book Fabric Material Washable Binding Sensory High Contrast Cloth Book Set

IRIN | IRIN 6 Pcs Guitar Effect Pedal Cable Connecting Line 6.35Mm To 6.35Mm Audio Cable 21Cm Right Angle Cord CopperGuitar Parts

PULAO | Cultural Knowledge and Elegant Expression Book

DAILY LIFE Adult Coloring Book Cute Daily Life Cartoon Bold-Easy Patterns Stress Relief Relaxation Graffiti Painting Drawing

Horizontal Version Chinese Pinyin Practice Book Kindergarten 8 Rows 13 Grids Writing Book Horizontal Open Business Supplies


